SEJARAH PSS SMK MUNSHI ABDULLAHSEJARAH PENUBUHAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK MUNSHI ABDULLAH Sekitar tahun 80-an, wujud perpustakaan sekolah yang berperanan sebagai perpustakaan tradisional dengan lokasi bahan buku semata-mata. Keluasannya hanya 3 bay iaitu satu bilik darjah terletak di tingkat dua bangunan blok Adalat dalam serba kekurangan. Pada tahun 1994 bermulalah perubahan dari perpustakaan tradisional kepada perkhidmatan yang menyeluruh beroperasi dalam 2 unit berasingan iaitu:- 1.Unit perpustakaan 2.Unit Bahan Bantu Mengajar. Pada tahun 1995 merupakan tahun bersejarah apabila perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) sebagai “Bapa Angkat”SMKMA menyumbang buku, rak-rak buku, langsir, karpet dan rak majalah untuk menaik taraf Pusat Sumber Sekolah. Tahun 2000 Program Naik Taraf Pusat Sumber Sekolah dilaksanakan dengan sepenuhnya apabila Pusat Sumber Sekolah dipindahkan ke lokasi Pusat Sumber Baru iaitu di tingkat 2 Blok Azim. Kerja-kerja pemindahan selesai selam 3 minggu. Pengetua SMKMA, Puan Hajjah Samsiah binti Jamaludin telah banyak menyumbangkan usaha meningkatkan Pusat Sumber Seolah dengan melengkapkan kemudahan fizikal, infrastruktur serta kemudahan penggunaan sehingga menjadikan Pusat Sumber Sekolah bukan lagi sebagai tempat menyimpan maklumat lama untuk diwariskan kepada pelajar semata-mata, tetapi ia sebagai gedung membeli-belah yang mampu menyediakan pelbagai keperluan dan perkhidmatan kepada pengguna. Kini Pusat Sumber Sekolah merangkumi rangkaian:- 1.Perpustakaan 2.Pusat Akses 3.Bilik Media 4.Bilik BBM 5.Bilik APD 6.Bilik Kesihatan 7.Bilik Modul 8.Bilik Peperiksaan 9.Bilik Kaunseling 10.Bilik Info 11.Makmal Komputer 12.Bilik SPBT 13.Gelori Munshi 14.Taman PSS 15.Wakaf Ilmu 16.Mini Perpustakaan 17.Lain-lain Sistem pengautomasian Pusat Sumber Sekolah sudah bermula dengan kemasukan data, bahan buku serta mewujudkan rangkaian Network Pusat Sumber Sekolah dengan pejabat , bilik guru dan makmal komputer. Penubuhan dan perkembangan Pusat Sumber Sekolah ini diharap dapat mencapai matlamat sebagi Pusat Kegiatan Akademik dan Kokurikulum yang mendokong falsafah:- “Kearah mewujudkan Masyarakat Berilmu dan Berketerampilan” |